Showing posts with label perak. Show all posts

Sultan Nazrin Shah: Pelukis Malaysia disaran lihat karya luar

KUALA LUMPUR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah menggesa para pelukis tanah air melihat ke luar sempadan negara untuk melihat bagaimana pihak lain menghasilkan karya lukisan mereka sekalipun ketika menghadapi kesulitan dan halangan.  

Sultan Nazrin berkata seni lukis sering menjadi moda berkesan ekspresi politik dan sosial sebagaimana sejarah membuktikan bahawa ramai pelukis yang memberi pengorbanan besar kerana berani menentang ketidakadilan.
    
"Seni lukis juga merangsang cita rasa dan menggalakkan kita berfikir dan memancarkan sesuatu di luar apa yang kita lihat di hadapan kita.
"Seni lukis setiap negara memaparkan sifat-sifat istimewa yang menceritakan kepada kita tentang harapan dan aspirasi pelukis dan negara berkenaan.
    
"Karya lukisan agung mencermin dan menampakkan elemen yang merentasi masa, ruang dan sempadan fizikal," titah baginda pada pembukaan pameran "The Masters of Myanmar Art" di sini, semalam.‎
    
Turut hadir di majlis itu Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Sultan Nazrin bertitah selaras dengan meningkatnya pengumpulan dan penghargaan karya lukisan, lapangan seni ini kini muncul lebih canggih dengan lebih banyak peluang pekerjaan untuk kurator lukisan, 'conservator', penulis dan designer katalog.
    
"Hari ini, pelukis terkemuka di Malaysia seperti Latif Mohidin, Yusof Ghani, Ahmad Zaki Anwar dan ramai lagi dapat meraih pendapatan lumayan berbanding pada zaman awal negara, bila kumpulan pertama pelukis kita pulang dari latihan di seberang laut dan memulakan kerjaya sebagai pelukis profesional," tegas baginda.

Sultan Nazrin bertitah, "Perkembangan seni lukis Myanmar punya beberapa persamaan dengan seni lukis kita, dari segi pengaruh Penjajahan British.
    
"Sebagaima beta fahami, lukisan air dan minyak serta Impressionisme dan Realisme masih merupakan ciri dominan dalam seni lukis Myanmar".
    
Baginda mengucap tahniah kepada pelukis Myanmar yang menaruh minat peribadi mempromosi seni lukis Myanmar di Malaysia. - Bernama

Sumber:- http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/pelukis-malaysia-disaran-lihat-karya-luar-1.382162

Movie Animation Park Studio - Taman Tema Animasi terbesar di Asia

30/03/2014 -- Perak Bakal Wujudkan Taman Tema Terbesar Di Asia

Perak bakal mempunyai sebuah lagi Taman Tema yang dijangka merupakan yang terbesar di Asia.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberitahu perancangan untuk mewujudkan MAPS (Movie Animation Park Studio) bakal meletakkan Perak di peta dunia.

"Hari ini kita menyaksikan satu lagi peristiwa sejarah dalam pertumbuhan dan juga pembangunan negeri Perak berdasarkan pada perancangan yang kita laksanakan dan kita lakukan melalui Perak Aman Jaya.

"Kita mula melaksanakan satu persatu perancangan yang telahpun kita susun dimana bulan lalu saya telah mengumumkan iaitu satu kawasan bandar baru dan bulan ini saya mengumumkan satu lagi bandar baru atau projek besar di negeri Perak yang meletakkan negeri dalam peta dunia.

"Dengan adanya MAPS (Movie Animation Park Studio) ini, untuk pengetahuan semua MAPS ini adalah antara satu-satunya yang terletak dalam asia.

Selain itu jelas Zambry, taman tema berkenaan dari segi penyusunannya antara yang terbesar di dunia dengan mengumpulkan pelbagai konsep serta watak animasi.

"Seperti yang kita saksikan tadi terdapat beberapa kelebihan projek ini termasuklah antaranya ia merupakan first animation theme dengan memperkenalkan beberapa watak yang dalam television yang menjadi kegemaran kanak-kanak.

"Ia adalah merupakan satu projek besar bertaraf international yang akan dibuka selama 365 hari yakni sepanjang tahun.

"Pelbagai watak animasi yamg menjadi pujaan atau kegemaran kanak-kanak yang akan diperkenalkan di kawasan ini.

Menurut Zambry lagi, dengan adanya MAPS ini, kerajaan negeri percaya ianya akan merancakkan ekonomi Perak.

Ini kerana katanya, ianya bukan sahaja bakal menjadi tarikan rakyat negara ini malah setidak-tidaknya diperingkat asia.

"Ini kerana, kita jangkakan di peringkat asia tenggara sahaja kita mempunyai 500 juta market dan kalau seluruh asia lebih dari 2 billion pengunjung boleh datang pada bila-bila masa.

"Dengan lokasi MAPS di kawasan yang cukup strategik iaitu sepanjang lebuhraya plus yang sesiapa sahaja yang melalui lebuh raya ini akan dapat menyaksikan MAPS," katanya pada sidang media di Perasmian Majlis Pecah Tanah Projek 'Animation Theme Park -- ATP' Bandar Meru Raya, Ipoh di Aman Jaya Convention Centre, Casuarina@Meru, Ipoh.

Tambah beliau lagi, setakat ini difahamkan projek berkenaan mempunyai dua fasa pembinaan.

Katanya, fasa pertama akan dimulakan pada Disember 2014 manakala fasa kedua akan dilaksanakan selepas itu.

"Kita jangkakan semuanya akan siap pada Disember 2015," katanya lagi.

- Copyright © Kerajaan Komik - Hatsune Miku - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -