Showing posts with label pekomik. Show all posts
360° PeKomik | Dataran Underground KL | 29.5.215@1.45pm
Pekomik dengan kerjasama Perbadanan Kota Buku akan mengadakan sessi forum 360° Pekomik bersempena 'Buku dan Bazaar' di Dataran Underground KL pada 29/3/15 (Ahad). Tajuk perbincangan adalah "Sejauh mana anda faham tentang komik?"
Datanglah beramai ramai. Terbuka untuk semua!!!
Barisan ahli jawankuasa Pekomik sessi 2015/16
Ahli Jawatankuasa PeKOMIK bagi penggal ke 5: 2015-2016
1. President : Adi Imran aka Adi Nazri
2. Naib President 1 : Faizal Mukhtar
3. Naib President 2 : Irfan Foner
4. Setiausaha : Faris Rahim
5. Naib Setiausaha : Ain
6. Bendahari : Ahmad Foad
7. Naib Bendahari : Eiji Luzra
8. Pegawai Perhubungan Awam, Media dan Promosi (PR): Hanis Rahim
9. Penerbitan (Online) : Mior Azhar
10. Penerbitan (Publishing) : Taufik
11. Grafik : Hanafi aka Aku Napie
12. Pembantu Grafik : Hafizi
13. Sukan & Rekreasi : Fadhil Zubir
14. Acara & Aktiviti Tugas2 Khas: Amin Landak
Komikapalooza: AKAN DATANG
Sebuah projek komik indie eksperimentasi sekumpulan penggiat komik tanahair.
A New Age of Indie Comic
AKAN DATANG
Laporan Aktiviti dan Agenda PEKOMIK untuk Suku Pertama 2014 (JANUARI - MAC)
Berikut adalah laporan rasmi aktiviti dan agenda PEKOMIK untuk Suku Pertama Tahun 2014 (JANUARI - MAC):
1. Mesyuarat Tahunan AJK Pekomik, 8/2/2014
Semua ahli jawatankuasa Pekomik telah berkumpul pada 8/2/14 di Georgertown Kopitiam, Wangsa Walk Mall KL untuk mengatur perancangan persatuan sepanjang tahun 2014. Majoriti AJK hadir dan ahli-ahli jemputan yang lain juga berminat untuk tampil aktif membantu menaikkan imej industri komik tanah air dalam perjumpaan selama lebih kurang 3 jam ini.
Agenda Mesyuarat:
1. Perutusan dan amanat Presiden
2. Sesi 'ice-breaking'
3. Progres dan kemaskini semasa
4. Perancangan dan pembentangan aktiviti sepanjang 2014
5. Perkara berbangkit dan lain-lain
2. Liputan media, akhbar Harian Metro, 31/1/2014
Wartawan Siti Salmiah A. Hamid telah mewawancara Presiden Faizal Mukhtar dan Mantan Presiden Azhar Abdullah dengan judul 'Terpinggir di Kedai Buku' dalam artikel yang disiarkan pada 31 Januari, 2014.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Terpinggirdikedaibuku/Article/index_html
3. Projek Komik Kompilasi, 4/2/2014
Hasil dari perbincangan antara Cesaga & Pekomik, Pekomik telah ditawarkan lima kuota slot untuk menampilkan karya-karya bakat muda baru Pekomik dalam sebuah projek kompilasi komik. Projek komik tersebut diuruskan oleh Danial selaku Pengarah Cesaga. Projek kompilasi komik ini dijangka akan mendapat dana dari badan berkanun kerajaan dan sokongan dari pelbagai media arus perdana.
4. Usahasama Pekomik & Foresight, 4/2/2013
Pengarah Sekolah Bakat/Foresight, Ahmad Naim Jaafar telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Pekomik untuk satu projek sinergi baru yang tertumpu fokusnya kepada bakat-bakat baru pengkaryaan komik dan kartun yang bermula dari peringkat sekolah.
Rujukan: http://www.foresighteducation.my | http://sekolahbakat.weebly.com
5. Pekomik ke Majlis Penyampaian Hadiah Gangsa Anugerah Antarabangsa Manga kali ke-7, 22/2/2014
Pekomik telah dijemput menghadirkan diri ke Majlis Penyampaian Hadiah Gangsa Anugerah Antarabangsa Manga kali ke-7 di Kinokuniya, Suria KLCC pada 22/2/2014. Ahli-ahli :-) Pekomik yang hadir berkesempatan untuk beramah mesra dengan pemenang anugerah yang mengharumkan nama Malaysia iaitu Zint serta wakil-wakil dari kedutaan Jepun ke Malaysia dan para hadirin jemputan khas terutamanya dari Art Square Group.
6. Perasmian PekomikTV (saluran YouTube), 14/3/2014
Pada tarikh yag di atas, Pekomik telah melancarkan PekomikTV.
Ia diwujudkan berdasarkan misi Pekomik untuk membawa dan mendedahkan bakat-bakat baru dan profesional industri dari seluruh tanah air ke medan media baru secara lebih meluas. Ianya akan dijadikan platfrom kepada para penggiat komik tempatan menaik-turun dan berkongsi video-video yang berkaitan dengan dunia komik seperti dokumentari, tutorial dalam penghasilan komik, pengiklanan komik dan pelbagai lagi tujuan lain. Ia juga merupakan salah satu usaha program penjenamaan semula persatuan dengan bantuan dan sokongan padu dari ahli-ahli PeKOMIK.
URL Channel PekomikTV: http://www.youtube.com/channel/UCGxjSrlTM9uQ43uCUFjEuzg
7. Sesi Ramah Mesra dengan trio kartunis 'The Muslim Show'
Pekomik telah menerima undangan daripada PTS/Komik-M untuk bersama-sama dalam satu sesi ramah mesra dengan trio kartunis 'The Muslim Show' pada 20/3/2014 di Bangi Kopitiam, Dolomite Business Centre, Gombak.
8. Mesyuarat untuk ICC2014 (Universiti Malaysia Kelantan & Karangkraf)
Pekomik telah dijemput sebagai panel rasmi untuk pelan perancangan induk awal bagi International Conference on Cyberlogy 2014 pada 28/2/2014 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. Ianya akan diadakan pada 18-22 Mei, 2014 di UMK Cawangan Bachok, Kelatan. Laporan rasmi akan menyusul.
Laman rasmi: http://internationalconferencecyberology.wordpress.com
9. Jemputan ke Karnival Kakitun 2014
Wakil-wakil daripada Pekomik telah dijemput ke Kellie's Castle, Jalan Batu Gajah, Perak untuk Karnival Kakitun yang berlangsung pada 22 hingga 30 Mac, 2014. Ianya turut dihadiri oleh Penaung Pekomik Datuk Lat yang diraikan sempena 50 tahun berkarier dalam dunia kartun dan ramai lagi barisan kartunis serta pelukis komik ternama lain. Rakan strategik Pekomik iaitu ANIMAS juga turut hadir.
Pekomik di Majlis Penutup Karnival KakiKartun (KakiTun) 2014 di Kellies Castle
Wakil-wakil daripada Pekomik (Persatuan Penggiat Komik Malaysia) akan berada di Istana Kellies di Batu Gajah, Perak pada hari ahad (30/3/14) ini. Antara yang akan dijalankan oleh Pekomik adalah;
i. Ucapan oleh Presiden Pekomik
ii. Pembukaan keahlian baru
iii. Jualan Zine PeKOMIK
iv. Jualan komik-komik lama malaysia
Lat not retiring as yet
50-YEAR LABOUR OF LOVE: He started drawing cartoons in 1964 while he was still in Form One
BATU GAJAH: THIS year marks the 50th year for him as a cartoonist but for Datuk Mohammad Nor Khalid, it seems like only yesterday he started drawing.
Mohammad Nor, better known as Lat, said he started drawing cartoons in 1964 when he was in Form One.
"Many of my works were published in comic books and magazines at that time. My passion for drawing continued even after I became a reporter," he said after the launching of "Karnival Kaki Kartun" (Kakitun 2014) by state Tourism Committee chairman Nolee Ashilin Mohammed Radzi at Kellie's Castle here on Saturday.
Lat, who contributes his works to the New Straits Times, said the newspaper began publishing them from March 1974.
He said he drew his inspiration for his cartoons from the daily lives of Malaysia's multiracial society, and current affairs.
"After being in the business for so long, I have to admit I get tired but as there are still requests from my fans, I continue to do it."
Lat revealed he wanted to retire in 1997 but could not do so because of the demand for his cartoons.
"Asked how he managed to stay as a cartoonist for such a long time, Lat advised the younger generation of cartoonists to be disciplined.
"My mentor -- the late Rejabhad -- who guided most of the cartoonists of my time emphasised on self-discipline in his works. He also held on to tradition as he was a kampung (village) boy."
At the launching of Kakitun 2014, Nolee Ashilin presented a memento to Lat as a special tribute for his 50-year involvement in drawing cartoons.
Read more: Lat not retiring as yet - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/lat-not-retiring-as-yet-1.529006#ixzz2wyMSS3FN
Pekomik, Pekartun, Animas dan Malaysia Cartoon Parade di Karnival Kakitun 2014
Menurut pihak pengurusan majlis Karnival kartun 2014, berikut adalah agensi-agensi terlibat untuk Karnival Kakitun yang bakal berlangsung di Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak dari 22/3/14 hingga 30/3/14.
Meraikan 50 tahun kartunis Dato' Lat bergiat dalam bidang seni
Antara program yang menarik dalam Karnival Kakitun di Kellie's Castle adalah kita akan meraikan 50 tahun Dato' Lat berkarya di daerah kelahirannya juga. Kalau pada perhimpunan pertama tahun 2012 dulu Dato' LAT hadir ke Damansara, kini kita dijemput datang ke daerah kelahirannya di Batu Gajah, Perak.
BTS - Teaser KakiTun 2014 @ Kellie's Castle
Behind the scene - Teaser rasmi Karnival Kakitun (Dato' Lat bersama Kartunis Malaysia 2) di Kellie's Castle pada 22/3/14 hingga 30/3/14.
Video oleh: Mior Azhar www.tupaitv.com
Lukisan: Boy Pj
Pengurus lokasi: Zamn Mui
Penasihat: Mazlan Abdullah


















.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)







.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)