MASH-UP BATTLE | KELUANG MAN & DEADPOOL


Bayangkan kalau KeluangMan digabungkan dengan Deadpool bagaimanakah rupa paras mereka? susah nak bayangkan bukan? Jadi marilah kita perah otak dan sertai 'battle' ini!!!

Panel juri akan memilih 3 orang pemenang yang paling kreatif design-nya dan beliau akan membawa pulang hadiah KOMIK yang telah ditaja olehBuasir Otak: The Komik dan T-Shirt ORIGINAL Keluang Man yang taja oleh Homework Studio.

Semua penyertaan battle akan diarkibkan dalam webkomik no.1 Malaysia,Matkomik. Serta akan dipaparkan dalam slide show montage dalam channel you tube 'pawagam Comicore' yang dikuasakan oleh tupaitv.com

Battle ini bermula pada 20/2/2016 dan akan berakhir pada 4/3/2016.

UPLOAD PERYERTAAN ANDA DI


JURI JEMPUTAN KHAS - Ibnukaduk Ameir

Tuan Ibnukaduk atau Amier sebelum ini bermula dalam seni kreatif sbg kartunis majalah Gelagat. Kemudian beralih arah ke bidang animasi bermula dengan Usop Sontorian pada 1994. Kemudian pada 1997 bersama membentuk dan menghasilkan animasi Keluang Man. Seterusnya pada tahun 2001, Bersama Quest Animations (m) Sdn. Bhd. -sebagai Penolong Pengarah Animasi. Kini bermula 1 Jun 2008 sepenuh masa di Homework Studio bersama teman-teman dalam cubaan menghidupkan studio animasi dan percetakan T-shirt sendiri. Di samping itu, kini beliau bergiat cergas sebagai Timbalan Presiden Persatuan Animasi Malaysia (Animas).

Dengan kata lain, Tuan Amier merupakan salah sorang pioneer dalam animasi Malaysia. Cool!!! 
grin emoticon
Jom berBATTLE!!! 
grin emoticon
Tarikh tutup 4/3/16 semakin hampir!

LAYARI SEGERA!!

Profil Coach Bengkel Komik Comicoaching #2?


Comicoaching #2 | 23 Januari 2015 | Taman Setapak Indah, KL (berdekatan Uptown Danau Kota)
Daftar segera!
TEMPAT TERHAD
Hantar “ON COMICOACHING” ke:
SMS / WHATSAPP: +6019 278 0120
EMAIL: hello@comicoreclub.com
.
COMICOACHING #2
REJA MUS | NAZRY SALAM | AHM AHMAD







Buasir Otak Reloaded & Buasir Otak Revolution

Buasir Otak: The Komik (BOTK) yang terbaru iaitu BOTK RELOADED dan BOTK REVOLUTION telah pun dibuka untuk jualan!
Harga Pakej adalah RM30 untuk kedua2 buah buku.
Sila rujuk pautan ini untuk melihat preview dan mengetahui cara2 pembelian: http://goo.gl/zg3ENl
Jangan tunggu lama2.
Stok adalah terhad.
Order sekarang!
.

Pekan Kartun @ Port Fest 2015 | 5-6 Disember 2015 | Dataran Bandaraya Ipoh


Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik
1) Live doodle atas Urban Mobile Office CAM @ Van
2) Pelancaran komik Yob Peon
3) Bengkel kartun, komik dan animasi PERCUMA
4) Jualan dan pameran komik rare & limited edition
5) Tayangan animasi
6) Sessi Drink n draw
7) Karikatur
8) ...dan banyak lagi!!!!

Artist line up:
Boy PJ, Lengkuas, Kerengge, Nayan, Bophairy, Amir Hamzah, Rani Wukong, Danial Haikal, Abdul Aziz, Abu huzaifah, Mior Muneer, Ayong, Own, Acai, Imran, Wanchik dan Ongkoi.
Bakal menggabungkan kartunis, pelukis komik dan animator dari pelbagai generasi dan genre. :)

Tentatif program
Sabtu (5/12/15) - Live doodle & sessi drink & draw
Ahad (6/12/15) - Bengkel komik,kartun,animasi dan pelancaran komik Yob Peon (lengkuas)







Comicore Club @ JB Writers and Readers Festival 2015 #JBWRF #JBAF2015


Temui Comicore Club di Johor Bahru Writers & Readers Festival pada 11-12 Sept 2015 ini. Komik-komik indie (self publish comic) di event buku-buku indie :)
1) Jualan komik-komik
2) Sessi di atas pentas
3) Karikatur
4) Menampilkan Rani Ahmad, Abdul Aziz dan Danial Haikal.





- Copyright © Kerajaan Komik - Hatsune Miku - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -